Pertama sekali, saya ingin memohon maaf atas kelambatan saya mengemas kini blog. Seperti yang ditulis pada 'Header', tajuk hari ini ialah mengenai kesatuan. Dunia kini melihat banyak pergolakan, pertumpahan darah, pergaduhan malah perbalahan sesama sendiri. Hatta dalam kalangan umat Islam juga berlaku perkara yang tidak pernah dituntut ini. Islam hari ini jatuh oleh kerana umatnya yang lemah! Kenapa? Kita juga pernah mempelajari peribahasa "Bersatu teguh, bercerai roboh". Sebatang lidi dapat dipatahkan dengan mudah tapi bukan seikat lidi.
Ada beberapa kemungkinan umat Islam berpecah belah.
Pertama :
Saling mencemuh antara satu sama lain. Kita mencemuh saudara kita kerana tidak menyukai perangai mereka yang dianggap hina, jijik dan menjengkelkan. Adakah perbuatan mencemuh merupakan satu cara yang terbaik? Pada pendapat saya, tidak sama sekali.
Kelemahan sahabat kita, saudara seagama kita adalah kelemahan kita juga. Tidak mulianya perbuatan mereka adalah kerana tiada kemuliaan dalam diri kita untuk membimbing mereka ke jalan yang benar. Pernahkah kita terfikir sebegini? Andaikan kita yang berada pada tempat mereka, pasti terbit jauh di sudut hati kita, 'Dimanakah sahabat2 aku tatkala aku hampir jatuh jauh dalam lubang neraka?'. Be in someone shoes to feel what he felt. Kita harus meletakkan diri kita di tempat sahabat2 kita untuk menggerakkan kita ke arah membimbing mereka ke arah kebenaran. Ini adalah tanggungjawab seseorang yang bergelar muslim!
Kedua :
Masing-masing memikirkan dirinya benar sebenar-benarnya. Naluri kita sebagai seorang manusia adalah untuk menang dan menjadi orang yang benar demi mendapatkan kepercayaan orang lain. Namun, kadangkala kita tidak terfikir bahawa tidak semua yang kita fikirkan dan percaya itu benar. Jika semua orang di dunia ini menyatakan bahawa dia benar, dimanakah orang yang membenarkan, orang yang membetulkan yang salah, orang yang memberi nasihat? Akan wujudkah perbincangan antara satu sama lain? Tidak. Malah, pergaduhan yang akan berlaku di sana sini. Akhirnya, dapatkah kita kepada penyelesaian yang berkesan? Kita sepatutnya berfikiran terbuka dan mampu menerima pandangan dan pendapat dari orang lain. Mungkin pandangan orang lain lebih baik daripada kita. Bukan sahaja perkara ini akan menguntungkan orang tersebut, malah turut menguntungkan diri kita juga. Sama-sama untung, sama-sama bahagia. Tidakkah umat sebegini yang kita mahu di dunia akhir zaman kini?
Ketiga :
Kegilaan materialistik dan kuasa. Penyakit ini yang banyak menyerang umat Islam sekarang. Masing-masing mahu hidup senang. Oleh itu, mereka berusaha mengumpul kekayaan dan harta benda. Ada yang menjadi gila kuasa. Mahukan pangkat yang tinggi. Mahu dipandang tinggi dan dihormati. 2 perkara yang dikejar umat manusia akhir zaman : kuasa dan pangkat. Kita tidak perlu mengulang sejarah. Lupakah kita apa balasan kepada umat jahiliyah dahulu kerana tergila-gilakan pangkat, kuasa dan harta? Janganlah kita lupa kerana tiada siapa yang mahu sejarah hitam berulang kembali. Kesenangan dapat dicari dengan kuasa dan harta tetapi kebahagian tidak sama sekali. Berapa ramai orang di luar sana yang begitu kaya seolah-olah dapat menampung kehidupannya seluruh hidup tanpa perlu bekerja lagi tidak merasakan kebahagian dalam kekayaan tersebut. Hidup kadangkala kerisauan, takut akan dirompak, keluarga terancam, ugutan, penculikan dan pelbagai lagi masalah yang timbul. Ramai juga yang mempunyai pangkat tinggi dibenci, dikhianati orang lain kerana kegilaannya. Walau berapa ramai pun pengawal yang mereka upah, tetap tidak dapat menghalang daripada ancaman orang yang dengki.
Marilah sama-sama kita fikir, apakah sebab umat Islam kini makin berpecah? Adakah kita telah menilai diri kita supaya jauh daripada menjadi penyebab?
ingatAllah!
No comments:
Post a Comment