Hidupnya dalam keadaan yang bongkak di bumi Allah dan matinya tidak diterima bumi. Mahukah kita dimurkai oleh yang Paling Maha Berkuasa? Siapalah kita ini untuk berasa tinggi di bumi Allah...
Stop! (Hahaa..)
Minta maaf tapi bukan berkenaan hidup mati yang kita ingin ceritakan di sini tetapi berkenaan bulan barakah lagi mulia iaitu Ramadhan al-Mubarak. Ya, itulah yang ingin dibincangkan sekarang. Mungkin tidak dikatakan berbincang kerana anda tidak dapat bercakap dengan saya tetapi mungkin lebih kepada perkongsian pendapat saya dengan anda semua.
Seperti yang kita semua tahu, Ramadhan ialah :
Ramadan (b. Arab: رمضان, transliterasi: Ramaḍān, terjemahan harfiah: "panas terik") (biasa digelar "Ramadan Al-Mubarak") adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:
“ Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu... ”
— surah Al-Baqarah, ayat 185
Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa [1].
....................................................................................................................................................................
Ramadan (Arabic: رمضان Ramaḍān, IPA: [rɑmɑˈdˤɑːn];variations Turkish: Ramazan) is the ninth month of the Islamic calendar, which lasts 29 or 30 days. It is the Islamic month of fasting, in which participating Muslims refrain from eating, drinking and sexual intimacy with their partners[1] during daylight hours and is intended to teach Muslims about patience, spirituality, humility and submissiveness to God. Muslims fast for the sake of God (Arabic: الله, trans: Allah) and to offer more prayer than usual. Compared to the solar calendar, the dates of Ramadan vary, moving backwards by about eleven days each year depending on the moon; thus, a person will have fasted every day of the calendar year in 34 years' time. Muslims believe Ramadan to be an auspicious month for the revelations of God to humankind, being the month in which the first verses of the Qur'an were revealed to the Islamic prophet, Muhammad.
....................................................................................................................................................................
شهر رمضان هو الشهر التاسع في التقويم الهجري. وهذا الشهر شهر مميز عند المسلمين عن باقي شهور السنة الهجرية. فهو شهر الصوم، يمتنع في أيامه المسلمون عن الشراب والطعام والجماع من الفجر وحتى غروب الشمس. كما أن لشهر رمضان مكانة خاصة في تراث وتاريخ المسلمين ؛ لأنهم يينزل به مجزئا في الأوامر والنواهي والأسباب، وذلك في ثلاث وؤمنون أن بدأ الوحي وأول ما نزل من القرآن على النبي محمد بن عبد الله كان في ليلة القدر من هذا الشهر في عام 610 م،حيث كان رسول الله في غار حراء عندما جاء إليه الملك جبريل، وقال له "اقرأ باسم ربك الذي خلق" وكانت هذه هي الآية الأولى التي نزلت من القرآن، والقرآن أنزل من اللوح المحفوظ ليلة القدر جملة واحدة، فوضع في بيت العزة في سماء الدنيا في رمضان، ثم كان جبريل عشرين سنة.
....................................................................................................................................................................
(petikan daripada wikipedia.org)
Ok, saya telah beri definisi Ramadhan dalam tiga bahasa dan adakah ia sudah mencukupi?
Hmm.. ikut andalah jika anda rasa cukup atau tidak. Apa yang penting di sini adalah :)
Apa yang patut kita tahu tentang bulan Ramadhan ialah Ramadhan ialah 'bulan khusus buat umat islam yang penuh barakah'. Jika ini sahaja anda tahu sudah memadai untuk menggerakkan tubuh anda melakukan ibadah. Mengapa saya berkata begini? Tidak bermaksud saya tidak menggalakkan anda mencari maklumat lain mengenai Ramadhan tetapi saya yakin jika anda memahami dan menghayati hanya sepotong ayat itu anda akan mencari sendiri maklumat itu tanpa dipaksa.
Mari kita sama-sama memahami dan manghayati maksud ayat tersebut.
'Bulan Ramadhan ialah bulan khusus buat umat islam yang penuh barakah'
Dua perkataan yang saya highlightkan di atas itu merupakan keyword yang penting untuk kita semua. Apakah yang dimaksudkan khusus di sini? Khusus yang dimaksudkan di sini ialah bulan yang Allah beri KHAS kepada kita untuk kita beribadah dan mengabdikan diri kepada-Nya. Apa anda rasa jika hadiah yang anda berikan kepada seseorang disia-siakan begitu sahaja? Marah? Sedih? Kecewa? Mestilah, hadiah yang kita penat-penat belikan diketepikan begitu sahaja. Cuba kita fikir apa pula kata Allah (cumalah kiasan) jika 'hadiah' yang paling 'istimewa' Dia berikan kepada kita, KHUSUS pula tu, disia-siakan, diabaikan malah dimain-mainkan??? Adakah anda rasa Allah s.w.t menyukainya? Dan adakah kita mahu dimurkai-Nya? Siapa yang mahu dimurkai melainkan mereka yang tidak takut pada azab Allah.
'Bulan Ramadhan ialah bulan khusus buat umat islam yang penuh barakah'
Dua perkataan yang saya highlightkan di atas itu merupakan keyword yang penting untuk kita semua. Apakah yang dimaksudkan khusus di sini? Khusus yang dimaksudkan di sini ialah bulan yang Allah beri KHAS kepada kita untuk kita beribadah dan mengabdikan diri kepada-Nya. Apa anda rasa jika hadiah yang anda berikan kepada seseorang disia-siakan begitu sahaja? Marah? Sedih? Kecewa? Mestilah, hadiah yang kita penat-penat belikan diketepikan begitu sahaja. Cuba kita fikir apa pula kata Allah (cumalah kiasan) jika 'hadiah' yang paling 'istimewa' Dia berikan kepada kita, KHUSUS pula tu, disia-siakan, diabaikan malah dimain-mainkan??? Adakah anda rasa Allah s.w.t menyukainya? Dan adakah kita mahu dimurkai-Nya? Siapa yang mahu dimurkai melainkan mereka yang tidak takut pada azab Allah.
Oleh itu, mari kita sama-sama ubah diri kita. Bulan ini dikhususkan kepada kita untuk kita menghambakan diri pada yang Maha Agung. Seperti yang telah diuar-uarkan pada kita, bulan ini juga dilipatgandakan pahala bagi setiap amal ibadah yang kita lakukan. Belum dikira lagi dengan adanya lailatulqadr yang malamnya lebih baik daripada seribu bulan. Apa lagi yang kita mahukan? Pelbagai tawaran diberikan pada bulan ini tetapi apa yang kita lakukan hanyalah berpuasa semata-mata kerana ia diwajibkan? Kalau tidak diwajibkan, adakah kita akan berpuasa? Apa yang saya ingin katakan di sini ialah marilah kita sama-sama menjalankan ibadah mengabdikan diri KHUSUS untuk Allah sebagai ganti pemberian khusus-Nya kepada kita.
Apa pula yang dimaksudkan dengan barakah? Apa yang saya mahu teman-teman sekalian faham di sini ialah barakah itu membawa maksud berkat. Segala perbuatan yang kita lakukan seikhlas hati lillahita'ala akan diberkati setiap satunya. Apa kelebihan berkat? Sebelum itu, adakah kita tahu apa maksud berkat? Keberkatan itu adalah satu kebaikan yang datang daripada Allah s.w.t atas apa yang kita lakukan dengan mendapat keredhaan-Nya. Oleh itu, apakah kelebihannya? Kelebihannya ialah kita mendapat kebaikan dan kebahagiaan dalam hidup dan dalam setiap perkara yang kita lakukan. Siapakah yang tidak mahu bahagia dalam hidup, lebih-lebih lagi kebahagiaan yang terjamin daripada Allah s.w.t? Fikir-fikirkanlah. Kutiplah setiap barakah yang dilimpahkan pada bulan ini sebagai jaminan kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.
Kesimpulannya, jika anda telah memahami baris ayat yang saya kongsikan tadi, saya yakin selepas ini, kita tidak akan lagi membuang masa dengan perkara-perkara yang melalaikan seperti mendengar muzik, bersembang, melihat televisyen, bermain tidak tentu masa dan sebagainya. Malah, kita pasti akan mengisi setiap ruang waktu yang kosong dengan solat-solat sunat, mengkhatamkan al-Quran, berzikir, bertadarus, menghadiri majlis-majlis ilmu, bersedekah, bermuhasabah, berqiamullail dan ibadah-ibadah lain yang mendekatkan diri dengan Sang Pencipta Teragung.
Wassalam.. Nikmatilah keistimewaan Ramadhan!