Menurut kamus dewan edisi 4 :
1 nama baik
2 perbuatan dan lain-lain yang menyebabkan nama baik
Menurut kamus dwibahasa Oxford Fajar :
1 what is generally believed about a person or thing
2 general recognition for one's abilities or achievements
Menurut Oxford WordPower :
The opinion that people in general have about what somebody or something is like
Jadi? Bagaimana pula pandangan orang tentang reputasi?
- Sesetengah orang pandang 'reputasi' itu pada warna baju
- Sesetengah orang pandang 'reputasi' itu pada jawatan yang dipegang
- Sesetengah orang pandang 'reputasi' itu pada kebaikan yang dilakukan
- Sesetengah orang pandang 'reputasi' itu pada kebolehan
- Sesetengah orang pandang 'reputasi' itu pada kemasyhuran-famous
- Sesetengah orang pandang 'reputasi' itu pada sumbangan
- Sesetengah orang pandang 'reputasi' itu pada pencapaian
- Semua orang ada pandangan !!!
Oleh itu, DI MANAKAH sebenarnya terletaknya reputasi seseorang?
Reputasi terletak pada maruah diri, akal fikiran yang tahu membezakan antara baik dan buruk, adab dan sakhsiah serta pada pengetahuan seseorang itutentang ilmu Allah yang luas mahupun dari sudut fardu ain dan fardu kifayah. Tidak semestinya, anda memakai baju warna lain, memegang jawatan yang tinggi, anda mempunyai reputasi yang tinggi sedangkan anda tiada maruah diri, anda menyamakan baik dan buruk, adab dan sakhsiah tidak terjaga malah anda mempunyai ilmu yang sedikit apatah lagi apabila ditanya berkenaan sifat-sifat Allah, anda tidak tahu pun mengenainya.
Reputasi di mata Allah...
Reputasi yang tinggi di sisi Allah adalah apabila seseorang itu meninggalkan larangan-Nya dan melaksanakan perintah-Nya. Seseorang yang mempunyai reputasi yang tinggi di sisi Allah, tidak pernah takut kepada apa-apa melainkan Allah semata-mata. Dia juga terdidik dengan sifat-sifat mahmudah yang apabila dipandang 'sejuk mata memandang'. Akal fikirannya dipenuhi ilmu-ilmu Allah itu dimanfaatkan di dunia dan akhirat. Kta-katanya bukanlah yang sia-sia dan setiap kata yang keluar merupakan emas yang tidak ternilai. Tiada yang sia-sia yang akan dilakukan olehnya melainkan ibadah, ibadah dan ibadah hanya pada penciptanya Yang Maha Esa iaitu ALLAH S.W.T. Setiap pergerakannya juga adalah ibadah kerana dia mahu diredhai Allah.
Orang sebeginilah yang dianggap tinggi 'reputasi'nya di mata Allah.
"Jatuhlah reputasi aku..."
Orang anggap reputasi akan jatuh apabila _______?
- Jika kita sudah melanggar perintahNya, maka jatuhlah reputasi kita...
- Jika kita sudah menjauhkan diri daripada Ilahi, maka jatuhlah reputasi kita...
- Jika kita sudah lupa akan DIA Yang Maha Kuasa bersama kekuasaanNya, maka jatuhlah reputasi kita..
Oleh itu, selagi kamu tidak melanggar perintah ar-Rahman kamu tidak perlu merisaukan reputasimu akan jatuh...
P/S: Jangan menyempitkan maksud ibadah itu semata-mata solat, puasa dan solat-solat sahaja kerana sesungguhnya segala perlakuan atau pekerjaan yang diniatkan ikhlas semata-mata kerana ALLAH adalah IBADAH!